Sekiranya kamu tidak kreatif seperti yang dimahukan, kamu boleh mula mengubah cara kamu berfikir. Pemikiran kreatif tidak sama dengan pemikiran asli. Malah, saya fikir terlalu ramai yang mengimpikan pemikiran asli dan memberikan kredit tidak wajar kepadanya. Selalunya idea yang kreatif adalah komposit beberapa idea berbeza.
Bahkan, pelukis termasyhur, yang kita anggap begitu asli juga belajar daripada guru mereka, menggunakan karya orang lain sebagai model dan menggabungkan pelbagai idea dan gaya berlainan dalam karya mereka.
Sekiranya kita mengkaji karya seni agung dunia, kita pasti dapat melihat bayangan-gaya yang serupa menyelusuri kebanyakan hasil seni ini, yang menghubungkan mereka dengan artis lain sebelum mereka.
Sifat Orang Berfikiran Kreatif
1. Orang kreatif menghargai idea.
2. Orang kreatif suka memiliki pilihan.
3. Orang kreatif suka akan ketidakpastian.
4. orang kreatif meraikan yang aneh.
5. orang kreatif mampu menghubungkan perkara tidak berkaitan.
6. Orang kreatif tidak takut gagal.
Mengapa Kamu Patut Berfikiran Kreatif
1. Pemikiran kreatif memberi nilai tambahan pada semua perkara.
2. Pemikiran kreatif melipatgandakan kreativiti kita.
3. Pemikiran kreatif membuat orang tertarik kepada kita.
4. pemikiran kreatif membantu kita belajar lebih banyak.
5. Pemikiran kreatif mencabar status quo.
Bagaimana Menemui Keseronokan Dalam Pemikiran Kreatif
1. Hapuskan semua pembunuh kreativiti
- Saya tidak kreatif
- Ikut sahaja peraturan
- Jangan banyak soal
- Jangan cuba menjadi yang lain
- Ikutlah peraturan
- Hanya ada satu cara melakukannya
- jangan jadi bodoh
- Berfikirlah secara praktikal
- Seriuslah sedikit
- Fikirkan imej kamu
- Itu todak logik
- Itu tidak praktikal
- Itu belum pernah dilakukan
- Ia tidak boleh dilakukan
- Ia tidak berjaya untuk mereka
- Kita pernah cuba sebelum ini
- Susah sangat
- Kita tidak mampu membuat silap
- Terlalu sukar mengawalnya
- Kita tidak cukup masa
- Kita tidak cukup wang
- Ya, tetapi....
- Jangan main-main
- Kita tidak boleh gagal
2. Berfikir secara kreatif dengan menanyakan soalan yang betul
- Mengapakah perlu dilakukan begini
- Apakah punca nasalah ini
- Apakah isu disebaliknya
- Adakah ini mengingatkan saya mengenai sesuatu
- Apak lawannya.
- Metafora ataupun simbol apa yang dapat membantu menjelaskannya
- Mengapakah ia penting?
- Apakah cara paling sukar ataupun mahal bagi melakukannya.
- Siapa memiliki pesrspektif yang lain mengenai perkara ini.
- Apakah akan terjadi sekiranya kita langsung tidak melakukannya.
3. Membentuk persitaran yang kreatif
4. Luangkan masa dengan orang kreatif
5. Keluar daripada kotak kamu.
No comments:
Post a Comment