Video simple yang memotivasikan diri saya kenape tidak anda?
A simple video that inspire me. why not you? So take ACTION now or you'll be regret it.
A simple video that inspire me. why not you? So take ACTION now or you'll be regret it.
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapatbertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepadaorang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagaisuci, maka anggaplah jiwa danharta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepadapemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamulagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulaisekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telahberputus asa untuk menyesatkankamu dalam perkara-perkara besar, makaberjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka jugamempunyai hak diataskamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak merekakeatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberimakan dan pakaian dalamsuasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik danberlemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemahdan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka samasekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumahkamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlahsembahyangRamadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiapadalah saudara lima kali sehari, berpuasalah dibulan kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untukdipertanggungjawabkan di atas segalaapa yang telah kamu kerjakan. Oleh ituawasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasankebenaran selepasketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dantidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul danfahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepadakamu. Sesungguhnyaaku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguhdanmengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepadaorang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah akusampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu” (Nabi Muhammad S.A.W.) Muslim